Monday, 30 December 2013

Jari Tengah





ASSALAMUALAIKUM 

' JARI TENGAH '




Jari tengah . Majoriti masyarakat dunia hari ini mengenali lambang jari yang ditunjukkan figura di atas.
Bagi golongan remaja , perbuatan menunjuk jari tengah adalah satu perkara normal setiap hari. Tanpa jari tengah , tidak lengkaplah hari mereka .Kebiasaannya sinonim mereka menunjuk jari tengah sambil berkata "Fu*k You" . Mereka sesuka hati menjadikannya zikir harian mereka .  Tidak wajar sungguh perbuatan ini. P/S : aku remaja gak so jangan kutuk aku pulak :) 

Akan tetapi , siapa-siapa tahukah apa makna sebenarnya dan asal -usul penggunaanya ? Hahahaha , confirm kalian tak tahu bukan ? Beginilah masyarakat sekarang . Amalkan sesuatu yang tidak baik tanpa ilmu pengetahuan . Jangan sentap ya :)

Baiklah , antara asal - usul jari tengah ialah semasa perang AGINCOURT pada tahun 1415 di antara orang Perancis dan orang British . Ketika itu , tentera Perancis menggunakan strategi memotong jari tengah tentera British yang menjadi tawanan mereka . Alasan mereka , pada masa itu senjata tentera British yang paling ditakuti Perancis ialah panah (Longbow) yang biasanya diperbuat daripada kayu 'yew' . Apabila dipotong jari tengahnya , tentera British sudah tentu tidak dapat menarik busur panah mereka . Dari segi istilah menarik busur panah ialah plucking the yew/ pluck yew .

Namun begitu , kemenangan berpihak kepada British jua .Bagi mengejek tentera Perancis , tentera British menunjukkan jari tengah mereka sambil mengatakan "we can still pluck yew" . Namun , kerana kesulitan mereka mengucapkan 'p' pada perkataan 'pluck' lama-kelamaan kata-kata "pluck yew" menjadi "fu*k you".

Kesimpulannya . tiada keistimewaan sebenarnya menunjukkan jari tengah tu . Sekadar nak tunjukkan yang jari mereka ada lagi . Haha . Oleh itu jangan suka-suka amalkan menunjuk jari tengah . Tak elok dipandang. Kalau sekali sekala tidak mengapa lah . Hehe . Sekian saja kali ini. Terima kasih sudi membaca .




No comments:

Post a Comment